Sunday, March 15, 2009

iqra2 + kisah Ka'ab

W : sekarang kita decide, kita nak buat apa. silent treatment je ke, kita ckp straight forward?

X : kita ni ada peringkat-peringkat nak bagi teguran... kalau dah banyak kali nasihat, next tu pemulauan...

W : huiyyoo...serius? tu marhalah-marhalah dalam Islam ke?

X : yep. sedangkan Ka'ab sahabat nabi pun kena pulau...

Kisah Ka'ab

Note : semua entry dlm blog ini adalah berdasarkan perbualan harian warga CSI. jadi, untuk maklumat yang tepat, sila buat rujukan masing-masing.

X : Ka'ab ni... masa satu peperangan tu, tengah musim buah... Dia ni memang mampu la nak pergi berperang. Dia ada kuda yang elok.So, dia ingat dia nak uruskan tanaman-tanaman dia dulu, nanti sempat lagi nak kejar pasukan tentera Islam...

W, Y, Z : ooo...-sambil meneruskan suapan-

X : tapi tak sempat. tentera Islam menang tanpa bertandingla kiranya... tak jadi perang. Nabi SAW selepas perang akan kumpul orang-orang yang tak pergi berperang, untuk tanya reason kenapa tak ikut pi perang. Tapi Ka'ab tak bagitau apa-apa sebab...

W : habis, orang lain tu, reason dia reasonable ke?

X : tak jugak. bagi sebab dan Nabi SAW maafkan lah. Sampailah turun ayat dari surah Kahfi tak silap, ada 3 orang Allah perintahkan dipulau... Umat Islam masa tu, memang yang core la... terus pulau. Tapi Ka'ab ni tahu perintah tu, nanti di akhirat dia akan selamat sebab kat dunia dia dah kena. siap pi tanya kat Rasulullah SAW, perlu ke aku talakkan isteriku untuk dia memulaukan aku. tapi Nabi SAW bagitau, tak payah la sampai macam tu. Jadi, isteri dia pun hanya siapkan makanan camtu ja, tak bercakap dengan dia. Sampailah Allah turunkan ayat. Masa tu lepas solat fajar, orang pun berlari pergi rumah Ka'ab nak bagitau kata dia dah dilepaskan. Orang pun peluk-peluk Ka'ab. yela, memang sayang sangat kat kawan tu kan...

***

X : aku ada la sembang dengan orang ni... dia kata dia baca blog ni, orang tu tulis kita ni kalau nak menulis, kena lagi banyak membaca... kalau tak penulisan kita akan bankrupt- camtu la lebih kurang... pastu bila tengok dalam surah al-'alaq kan ada... iqra' dulu, lepas tu baru tulis lepas tu kita ajarkan... -tambahan X semasa entry ditulis : boleh jugak apply dalam study, baca dulu, tulis n then ajaq kat orang.

Y : huiyyo...masuk blog la malam ni kisah Ka'ab dengan Iqra'.

W : boleh2... aku rasa Allah bagi kita sembang panjang sikit malam ni...supaya terus kita boleh buat blog malam ni...

***

kami di CSI ni, bukanlah suci dari khilaf. in fact, masih banyak ruang yang perlu dibaiki. Sekadar ini lah yang kami mampu.. Hopefully, ada jugak orang yang akan benefit from this effort.

-w-aku masih tak bernama - eleh, yang lain pun belum...

welcome note

Assalamualaikum...

Welcome everyone to our very own blog - casaspektrumiman. idea penubuhan blog ini timbul x berapa lama sebelum ini sehinggalah dinner malam ini, we have all agreed to do it tonight. without any intention except to share with others things we talked about over dinner - YES, we dine together like -EVERYDAY!!!

up to this point - we had not chosen our personal display name, we'll get to that soon.

Selamat Membaca from CSI seisinya...